SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Sunday, January 15, 2006

TREND SERAH BADAN DIKALANGAN REMAJA MASA KINI

Tidak malukah kalian para remaja?, terutamanya perempuan. Di mana letaknya maruah kalian sebagai seorang perempuan?.Alam remaja merupakan alam ataupun masa yang sangat penting dalam membentuk jati diri seseorang agar menjadi orang yang bertanggungjawab. Zaman ini juga dikatakan masa bagi seseorang remaja itu mengenali serta bergaul dengan rakan- rakan yang sebaya dan juga melakukan aktiviti yang digemari. Dewasa ini, kita sering mendengar masalah yang terjadi dikalangan remaja. Remaja hari ini juga, sesetengahnya bergaul bebas tanpa memperdulikan apa yang akan berlaku pada dirinya. Mereka gemar berpeleseran di luar rumah daripada berada di dalam rumah. Tentu anda semua pernah terbaca ataupun terdengar tetntang isu ini. Isu yang dimaksudkan ialah isu trend serah badan di kalangan remaja. Isu ini menjelaskan bahawa remaja masa kini tidak lagi mementingkan maruah diri mereka dan meraka hanya memandang keseronokan semata- mata. Mereka dengan mudah menyerahkan maruah(tubuh badan) mereka kepada teman lelaki ataupun mana- mana lelaki yang baru dikenali tanpa memikirkan akibat dari perbuatan tersebut.Ini mengakibatkan haluan hidup mereka menjadi tidak tentu arah dan terpesong dari landasan yang sebenarnya. Kesan daripada perbuatan tersebut menyebabkan remaja tersebut hanyut dalam dunia yang dipilih oleh mereka.Kemudiannya, akan tersebar berita menganai kes buang anak dalam tong sampah, longkang, dalam kotak dan sebagainya. Sungguh jijik dan tidak berperikemanusiaan perbuatan itu.Tidakkah itu menjadikan remaja itu seorang manusia yang zalim. Mereka tidak lagi mementingkan pendapat atau nasihat dari orang yang lebih tua. Kadangkala, mereka juga dilihat berpelukan serta bercumbu di khalayak ramai tanpa rasa malu. Apa yang akan terjadi pada masa depan remaja kita? musnah begitu saja? tidakkah mereka sayangkan masa depan mereka sendiri?
Berubahlah! sayangi masa remaja anda serta masa depan yang gemilang............ jangan musnahkan ia begitu saja. jangan biarkan ia berlalu tanpa melakukan sesuatu yang bermakna untuk dikenang serta bermanfaat.