SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Thursday, February 02, 2006

HARUAN MAKAN ANAK

Assalamualaikum..................apa khabar semua.........kali ini saya akan berkongsi satu isu yang baru bersama kawan-kawan semua....
isu yang yang dimaksudkan ialah isu "haruan makan anak".tentu kawan- kawan pernah mendengar kata- kata ini...?...ia selalunya dikaitkan seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak layak dipanggil "bapa".seorang bapa yang hanya tahu mengambil kesempatan ke atas anak kandung sendiri...tidakkah dia berasa terhina dan malu dengan perbuatannya itu. sungguh jijik perbuatan itu.jika kawan- kawan ada terbaca di akhbar baru- baru ini, seorang bapa sanggup merogol anak sendiri sehinggakan anak itu telah melahirkan seorang anak.sungguh jijik dan terkutuk perbuatan itu.sedangkan anak itu cuma meminta wang untuk membayar yuran peperiksaan. peperiksaan yang bakal menentukan masa depan anak remaja itu. tapi apa yang terjadi padanya? masa depan anak itu sebagai seorang gadis remaja musnah begitu saja.anak gadis itu belum bergelar isteri kepada seorang suami, tapi telahpun melahirkan anak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab bapanya.apa yang akan terjadi kepada anak itu dan bayinya.......apakah jawapan yang akan diberikan kepada bayi kecil itu pabila ia sudah besar kelak...........pabila dia bertanya siapa bapanya..........pelbagai persoalan akan timbul pada ketika itu. persoalan yang bakal menghiris hati kecil anak remaja tersebut( remaja yang dirogol itu).
pelbagai hukuman sudah dijatuhkan terhadap bapa yang tidak bertanggungjawab seperti itu, namun ianya tidak memberi kesan............malah semakin teruk jadinya.seorang bapa sepatutnya melindungi maruah anak gadisnya .......tapi..........bapa itulah yang mencabuli maruah anaknya dan memusnahkan masa depan anak sendiri.layakkah lelaki seperti itu dipanggil "bapa"..............renungkanlah....................