SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Wednesday, March 29, 2006

TEKNOLOGI TERBARU

Assalamualaikum...........kali ni saya nak berkongsi sesuatu dengan kawan- kawan semua. apa yang nak dikongsi? perkara yang nak saya kongsi adalah mengenai teknologi terbaru papan kekunci komputer(key board). Hari ini saya ada terbaca mengenainya.Jadi saya rasa saya patut berkongsi bersama anda.Saya juga sertakan bersama artikel tersebut untuk dibaca..................

Produk Baru: Papan kekunci ergonomik,tanpa wayar

MICROSOFT Corp (Microsoft) yang terkenal sebagai pengeluar produk perisian, memperkenalkan papan kekunci ergonomik dan tanpa wayar model Microsoft Natural Ergonomic Keyboard 4000 dan Microsoft Wireless Laser Desktop 6000 khusus untuk kemudahan proses memasukkan data serta melaksanakan tugasan.
ERGONOMIK: Microsoft NaturalErgonomic Keyboard 4000 danMicrosoft Wireless LaserDesktop 6000Microsoft Natural Ergonomic Keyboard 4000 dicipta menggunakan pendekatan ergonomik dengan tujuan utama memberikan keselesaan kepada pengguna ketika menaip. Ia mengambil kira kehendak pengguna yang merasai keletihan akibat terlalu lama meletakkan tangan pada papan kekunci.Reka bentuknya yang sedikit melengkung dan ruang membolehkan tapak dan pergelangan tangan dapat direhatkan ketika menaip. Untuk model Microsoft Wireless Laser Desktop 6000 pula ia memberikan kelebihan pergerakan kepada pengguna kerana mereka bebas bergerak. Dilengkapi dengan spektrum radio 27MHz dan bateri bagi jangka hayat selama enam bulan serta tetikus yang memiliki teknologi laser memudahkan lagi pergerakan pengguna.Harga ditawarkan bagi papan kekunci model Microsoft Natural Ergonomic Keyboard 4000 ialah RM229 dan Microsoft Wireless Laser Desktop 6000 ialah RM379.
semoga apa yang saya paparkan untuk kali ini mungkin dapat membantu kawan- kawan yang ingin menggunakan key board terbaru ini.sekian ......sebarang komen amatlah dihargai.

Tuesday, March 21, 2006

TELEFON BIMBIT


Assalamualaikum......kali ni saya nak berkongsi mengenai penggunaan telefon bimbit pada hari ini. Jika dilihat telefon bimbit bukan lagi satu kehendak, namun ia sudah manjadi satu keperluan. Ini kerana ia mudah untuk dibawa kemana saja disebabkan saiznya yang kecil. Saya pasti semua remaja pada hari ini memiliki telefon bimbit, tidak kira sama ada yang biasa atau yang canggih. Satu ketika dulu, ia hanya dimiliki oleh golongan yang bekerja sahaja. Kini, sesiapa saja mampu untuk memilikinya. Saya pilih situasi diUUM. Kadang- kadang kita dapat lihat telefon bimbit yang dimiliki oleh pelajar lebih canggih dari pensyarah. Ini kerana remaja hari terdedah dengan pelbagai jenis teknologi termasuk teknologi yang terdapat dalam telefon bimbit. Teknologi yang terdapat dalam telefon bimbit itu sememangnya boleh menarik perhatian remaja. Jadi, keinginan untuk memilikinya adalah kuat. Tapi, samada seseorang itu mampu atau tidak untuk memilikinya. Sebabnya, tidak semua orang mampu untuk memilikinya.betul tak? sekian.......

Monday, March 20, 2006

KELUARGA BAHAGIA.


Assalamualaikum..........
Topik untuk kali ini adalah keluarga bahagia. Keluarga merupakan satu perkara yang penting dalam hidup setiap insan. Setiap insan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.Tidak ada seorangpun daripada kita ingin hidup dalam sebuah keluarga yang pincang dan tidak bahagia. Keluarga yang bahagia wujud kerana kasih sayang yang terjalin diantara ibu bapa dan anak- anak. Sikap bertanggungjawab dan penyayang perlu wujud dalam diri setiap insan yang bergelar ibu dan bapa kerana mereka merupakan tunggak kepada sebuah keluarga serta menjadi idola kepada anak- anak mereka. Keluarga yang bahagia akan mewujudkan anak- anak yang cemerlang. Ini kerana anak- anak memerlukan kasih sayang serta sokongan dari kedua ibu bapa untuk memperolehi kejayaan. Kasih sayang merupakan pendorong serta kekuatan buat anak- anak untuk menempuh hari- hari yang mendatang dalam hidupnya.Pada pendapat saya, kekuatan serta semangat yang wujud dalam diri saya hingga ke hari ini adalah kerana kasih dan sayang dari kedua ibu bapa saya. Kerana merekalah saya beroleh kejayaan pada hari ini.Mereka tidak pernah berhenti untuk terus memberi dorongan dan sokongan pada saya. Saya rasa tentu kedua ibu dan bapa anda semua juga begitu. Namun, terpulang kepada pandangan masing- masing. Sekian dulu....lain kali kita berkongsi cerita lagi......

Friday, March 17, 2006

Remaja Dan Fesyen

Assalamualaikum.........apa khabar? kali ni saya nak berkongsi sesuatu bersama anda semua. Isu yang ingin dikongsi adalah isu remaja dan fesyen. Tentu ramai yang tertanya- tanya kenapa saya pilih isu ini. Saya memilih isu ini untuk dibincangkan kerana terlalu banyak fesyen- fesyen pakaian terbaru yang pelik dan tidak sopan dipakai oleh remaja hari ini. kenapa saya mengatakan pelikdan tidak sopan? sebabnya fesyen yeng dipilih kadangkala tidak sesuai digayakan untuk waktu- waktu tertentu. Saya pasti bukan saya saja yang pernah melihatnya, bahkan anda juga. Contohnya baju yang yang dipakai terlalu ketat dan seksi, tetapi memakai tudung. Ia seolah- olah tidak kena dan tidak sesuai langsung. Tentu anda pernah mendengar kata- kata ini "tutup diatas, tetapi buka dibawah". Kita tidak perlu melihat di tempat lain, lihat saja fesyen yang digayakan oleh pelajar UUM sendiri. Walaubagaimanapun, tidak semua yang berpakaian seperti itu disini. Tidak mereka merasa malu bila ada mata yang memandang gaya mereka? atau mereka menyukainya? Tetapi itu hanyalah pendapat saya, mungkin berbeza dengan pendapat individu lain. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian.Pandangan atau pendapat anda amatlah dihargai.............jumpa lagi lain kali.

Thursday, March 16, 2006

teristimewa buat teman- temanku



assalamualaikum......kali ni saya nak coretkan sesuatu buat kawan- kawan saya........

TEMAN- TEMANKU
“Sesegar hijau daunan,Begitulah kita diibaratkan,Tiada siapa yang bisa memisahkan kita, Antara kita semua………….”

Teman- temanku,
Kita bertemu di medan perjuangan,
Perjuangan yang bakal menentukan masa depan kita,
Kasih dan sayang yang terjalin di antara kita,
Kuharapkan ia kekal buat selamanya dihati kita,
Abadikan segala kenangan kita bersama,
Semoga kita tak saling melupai,
Semoga kita saling mengingati,
Seandainya ada perselisihan yang tercetus di antara kita…..
Anggaplah ia sebagai dugaan untuk menguji kasih dan
sayang kita,
Ku bermohon padaMu Yang Esa,
Berikanlah ketabahan buatku dan teman- temanku,
Kuharapkan ikatan yang terjalin antara kami berkekalan,
Buat teman- temanku,
Terima kasih kuucapkan buat kalian,
Kalian sentiasa disisiku,
Biar apapun yang terjadi,
Teman- temanku,
Tabahkan hatimu dalam menempuh dugaan yang datang,
Semoga kalian berjaya dalam perjuangan kalian,
Namun, ingatlah teman- temanku,
Perjuangan kita ini menuntut pengobanan, kesabaran dan ketabahan.
Semoga kalian terus tabah......
Semoga kasih dan sayang kita akan terus kekal selamanya.....





Wednesday, March 15, 2006

REMAJA DAN PORNOGRAFI

Assalamualaikum........
kali ini saya akan berkongsi satu isu bersama kawan-kawan. Isu yang saya maksudkan ialah isu remaja dan pornografi. Pornografi merupakan aksi -aksi atau tulsan yang lucah serta keterlaluan untuk menjadi ikutan remaja kita.Namun, budaya yang sebegitulah yang menjadi ikutan remaja hari ini. Dimana maruah mereka sebagai seorang insan yang beragama dan berbudaya?Ianya tidak sepatutnya wujud dalam budaya masyarakat kita yang berbilang kaum terutama masyarakat melayu.Persoalannya, dari mana bermulanya isu ini? dan kenapa ianya boleh wujud dalam masyarakat kita? Ia terlalu sukar untuk diterangkan. Tapi seperti yang diketahui umum isu ini dikatakan berpunca dari masyarakat Barat.Kemudiannya ia menular ke negara kita, Malaysia. Baru-baru ini saya ada terbaca dalam Mastika, kebanyakkan yang terlibat dengan masalah ini adalah remaja. Tetapi yang lebih memalukan lagi remaja- remaja tersebut adalah melayu. Ia sungguh memalukan!!!!! Mereka tidak lagi mementingkan maruah.Tidakkah mereka merasa malu menjatuhkan maruah sendiri? Bukan itu saja, maruah kedua orang tua juga mereka turut dimalukan. sudah hilangkah nilai kasih sayang yang terjalin sejak azali diantara seorang anak dengan kedua orang tua mereka? Marilah kita renungkan bersama isu ini..............semoga apa yang dipaparkan mastika menjadi buat semua. Sama seperti saya, kawan- kawan juga tentu berharap agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan.Saya juga berharap mereka yang terlibat tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama.Jangan musnahkan impian ibu dan ayah yang ingin melihat kita berjaya dan menjadi insan yang berguna.