SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Friday, March 17, 2006

Remaja Dan Fesyen

Assalamualaikum.........apa khabar? kali ni saya nak berkongsi sesuatu bersama anda semua. Isu yang ingin dikongsi adalah isu remaja dan fesyen. Tentu ramai yang tertanya- tanya kenapa saya pilih isu ini. Saya memilih isu ini untuk dibincangkan kerana terlalu banyak fesyen- fesyen pakaian terbaru yang pelik dan tidak sopan dipakai oleh remaja hari ini. kenapa saya mengatakan pelikdan tidak sopan? sebabnya fesyen yeng dipilih kadangkala tidak sesuai digayakan untuk waktu- waktu tertentu. Saya pasti bukan saya saja yang pernah melihatnya, bahkan anda juga. Contohnya baju yang yang dipakai terlalu ketat dan seksi, tetapi memakai tudung. Ia seolah- olah tidak kena dan tidak sesuai langsung. Tentu anda pernah mendengar kata- kata ini "tutup diatas, tetapi buka dibawah". Kita tidak perlu melihat di tempat lain, lihat saja fesyen yang digayakan oleh pelajar UUM sendiri. Walaubagaimanapun, tidak semua yang berpakaian seperti itu disini. Tidak mereka merasa malu bila ada mata yang memandang gaya mereka? atau mereka menyukainya? Tetapi itu hanyalah pendapat saya, mungkin berbeza dengan pendapat individu lain. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian.Pandangan atau pendapat anda amatlah dihargai.............jumpa lagi lain kali.

1 Comments:

  • At 10:04 PM, Blogger eniey said…

    ASSALAMUALIKUM..
    Nak bg komen cikit.Memanglah bila bercakap pasal fesyen mesti kaitkan dengan remaja sebab remaja suka meniru fesyen dari barat.Kebanyakan fesyen barat biaalah dedah situ dedah sini tapi agak-agaklah sendiri pakaian mana yang sesuai terutamanya bagi orang islam,kita di malaysia bukan di barat so jagalah adab kita...

     

Post a Comment

<< Home