SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Wednesday, April 05, 2006

cuti- cuti Malaysia.














Sebahagian gambar2 yang menunjukkan situasi di taman burung



Bercuti!!!!!!satu perkataan yang ditunggu oelh mereka yang sibuk bekerja dan tidak semapt untuk berehat. saya rasa bukan saja orang bekerja ingin berehat, tapi pelajar juga kena rehat, maklumlah dah lama perah otak buat tugasan yang pelbagai jenis. mesti kena rehat, jika tidak tentu pening dan penat. jadi saya paparkan untuk tatapan semua mengenai satu ayng agak menarik.




Jom, lawat Taman Burung Labuan
Kicauan upih, tiong mas, kakak tua, nuri, murai timbulkan suasana nostalgia dan romantik kepada pelancong di Laut China Selatan. KUBAH besar berukuran 48 meter lebar dan 24 meter tinggi menjadi tempat berteduh pelbagai jenis burung. Di tempat itulah burung bercampur gaul, bergurau senda, bersiul-siulan dan makan.
Itulah antara keistimewaan 700 ekor burung termasuk dari luar negara yang ditempatkan di Taman Burung Labuan, di Tanjung Kubong, kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar pulau itu. IDRIS membelai burung kakak tua di Taman Burung Labuan. Dibuka pada 1999, taman yang meliputi kawasan seluas 6.9 hektar itu mempunyai lima kubah – tiga kubah besar dan dua kecil – untuk memelihara semua burung dari lebih 80 spesies itu.Taman yang dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Labuan itu dibina dengan kos RM6.5 juta hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 993.Berita Minggu yang mengunjungi taman itu baru-baru ini mendapati landskap taman itu begitu cantik, sekali gus mampu menarik perhatian pengunjung, ditambah pula dengan kepelbagaian spesies burung di dalamnya.Disapa tiong mas BURUNG helang menarik perhatian pengunjung kerana keunikannya. ORANG ramai yang tidak berpeluang melihat spesies burung liar atau dari luar negara, dialu-alukan berkunjung ke Taman Burung Labuan kerana taman itu mampu memenuhi impian mereka.Apa yang menambah daya tarikan lagi, di pintu masuk permulaan ke sangkar burung, pengunjung disajikan `kebisingan' mulut burung tiong mas dan di pintu terakhir sangkar juga diakhiri dengan burung tiong mas.Penyelia Taman Burung Labuan, Billy Saok, berkata terdapat pelbagai spesies burung di situ sama ada tempatan atau luar negara, jinak mahupun liar.Antara spesies burung yang menarik perhatian pengunjung termasuk burung upih, tiong mas, helang, kakak tua, nuri, murai, burung hantu dan enggang."Bagaimanapun, tiga spesies burung paling menjadi tumpuan iaitu upih, kakak tua dan tiong mas. Burung upih agak unik kerana ia mempunyai jambul yang kembang di bahagian kepalanya."Selain itu, burung upih boleh terbang dan bentuk fizikalnya seperti burung unta, cuma ketinggiannya 45 sm hingga 50 sm saja," katanya, sambil menjelaskan terdapat sembilan ekor upih di taman itu.Mulanya ada hanya dua ekor burung upih yang dibeli dari Afrika, bagaimanapun burung itu boleh diternak dan membiak dan kini bertambah sembilan semuanya."Setakat ini, kami dimaklumkan burung upih hanya terdapat di Pulau Labuan. Selain itu, burung tiong mas dan kakak tua juga mendapat perhatian ramai pengunjung walaupun agak liar," katanya.Taman Burung Labuan ini mempunyai reka bentuk tempat pemeliharaan burung yang unik iaitu berbentuk kubah besar dan kubah kecil.Kubah besar luasnya berukuran 48 meter dan tinggi 24 meter manakala kubah kecil luasnya berukuran 24 meter dan tingginya (12 meter).Semua kubah ini mempunyai pelbagai spesies burung dan pengunjung juga berjalan dalam kubah untuk melihat burung dengan lebih jelas dan dekat.Dalam pada itu, Billy berkata pada awalnya taman ini hanya berkonsepkan mempamer dan memelihara burung atau unggas saja, tapi konsep taman diperluaskan untuk tujuan penyelidikan dan pembiakan.400,000 pengunjung MENGENAI pengunjung yang datang ke taman itu, beliau berkata setahun jumlah pengunjung ke taman itu mencecah sehingga 40,000 orang termasuk dari luar negara seperti Brunei Darussalam, New Zealand, Singapura selain Sabah, Sarawak dan Semenanjung."Pengunjung paling ramai datang ke taman ini ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah," katanya.Seorang pekerja taman itu, Idris Awang Tuah, 33, berkata burung Kakaktua, Helang, Enggang dan Burung Hantu antara yang paling sukar untuk dijinakkan."Ia kerana kebanyakan burung ini jenis liar. Malah, ketika cuba menjinakkan burung terutama Kakaktua, sekitar bahagian tangan luka kerana digigit atau dipatuk."Saya juga pernah cuba menjinakkan Helang dan burung Hantu, tapi amat sukar," katanya yang sudah bekerja enam tahun di situ.
SEMOGA ARTIKEL YANG SAYA PAPARKAN UNTUK ANDA SEMUA DAPAT MEMBANTU ANDA MENCARI LOKASI UNTUK BERCUTI HIHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home