SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Wednesday, April 05, 2006

Lanskap


Assalamualaikum....kali ini saya nak berkongsi mengenai hiasan lanskap untuk tatapan anda semua. semoga ianya dapat membantu anda menghias rumah anda supaya menjadi lebih cantik dan menarik.
Pokok siantan sesuai dijadikan tanaman pagar

POKOK siantan adalah tumbuhan renek yang banyak ditanam di kawasan perumahan dan taman. Ia juga sesuai dijadikan tanaman pagar bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas. Pokok siantan juga dikenali dengan nama pokok pecah periuk.Sebenarnya ada dua jenis pokok siantan. Pertama, pokok yang berasal dari negara kita dan Indonesia. Nama botaninya ialah ixora Jawa dalam keluarga rubiaceae.Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga dua hingga tiga meter jika tidak dicantas. Batangnya berwarna perang dan liat.Daunnya berbentuk bujur tirus, 12 hingga 20 sentimeter panjang dan empat hingga enam sentimeter lebar. Spesies ini mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan.Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Pokok ini mempunyai pelbagai jenis warna. Ada yang berwarna merah, oren, kuning dan merah jambu.Siantan jenis kedua pula ialah berasal dari Hindia Timur dan kini hidup subur di negara kita. Nama botaninya ialah ixora coccinea juga dalam keluarga rubiaceae.Ia mempunyai daun yang berbentuk bujur yang lebih kecil iaitu tujuh hingga 10 sentimeter panjang dan tiga hingga lima sentimeter lebar. Bunganya juga berjambak di hujung dahan dan lebih kecil yang mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, kuning, merah jambu dan oren.Pengurusan tanaman perlu diberi perhatian sama ada dari segi penyiraman, pembajaan dan pemangkasan.Ikuti panduan betul untuk pembajaan manakala penyiraman pokok dilakukan dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang.Pemangkasan pula boleh dilakukan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan jika segala-galanya dapat dilakukan dengan baik, tanaman terbabit juga akan terus hidup subur.
selamat mencuba

0 Comments:

Post a Comment

<< Home