SeGaLaNyA dIsInI........ariywandani

Wednesday, April 05, 2006

OS Windows empat bahasa atasi cabaran jurang digital


Assalamualaikum.....kali ini saya nak berkongsi sesuatu yang baca men\genai komputer di akhbar pada hari ini. semestinya mengenai komputer. sudah tentu anda semua juga ingijn mengetahui apa yang saya ingin ceritakan pada anda. jadi saya sertakan bersama artikel yang saya baca untuk tatapan kita semua. semoga apa yang saya paparkan dapat membantu andfa semua.

MUDAH DAN MURAH: Abdul Rahman bersama Sheila menunjukkancara kerja Windows XP Starter Edition empat bahasakepada media.
SISTEM operasi (OS) Windows XP Starter Edition Microsoft dengan empat bahasa utama di Malaysia akan memasuki pasaran pada Jun 2006 menerusi pakej belian komputer peribadi (PC) atau notebook pada harga amat berpatutan dan mampu dimiliki.Empat bahasa itu ialah bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris sebagai bahasa asal atau platform sedia ada OS itu.Pengarah, Hubungan Strategik Sektor Awam, Microsoft Malaysia, Abdul Rahman Abu Haniffa, berkata pengenalan itu dijangka dapat mengatasi cabaran jurang digital, selain membantu individu atau masyarakat menyedari akan potensi mereka menerusi peningkatan capaian kepada teknologi.“OS versi pelbagai bahasa ini memiliki lebih 20 peningkatan sistem. Salah satunya ialah peningkatan antara muka bahasa tunggal kepada antara muka pelbagai bahasa.“Keupayaan itu membolehkan pengguna memilih antara empat bahasa itu untuk meningkatkan pengalaman menggunakan komputer mengikut bahasa harian mereka. Ia amat memudahkan terutamanya bagi pengguna baru kerana itulah sasaran kami,” katanya.Beliau berkata demikian pada sesi taklimat pengenalan OS terbaru itu kepada media baru-baru ini. Turut hadir pengurus pembangunan perniagaannya, Sheila Jaya Poomy.Abdul Rahman berkata, selain pilihan empat bahasa yang boleh diubah pada bila-bila masa, terdapat juga panduan memulakan PC (Getting Started Guide) yang merangkumi 13 bab tutorial bervideo untuk membantu pengguna baru memahirkan diri dengan PC.“Menu-menu bantuannya lebih mudah difahami kerana disediakan dalam kaedah lebih berkesan menggunakan gabungan teks dan grafik.“Walaupun begitu, sistem keselamatannya tetap dijamin kerana sistem ‘Firewall’-nya diselaraskan supaya sentiasa aktif tanpa perlu campur tangan pengguna, begitu juga dengan pengemaskinian OS atau perisian tertentu yang sentiasa aktif dan bergerak sendiri,” katanya lagi.Pengenalan OS versi bahasa Melayu pada Februari tahun lalu berjaya merangsang ramai masyarakat luar bandar untuk memiliki PC berdasarkan sambutan menggalakkan oleh saluran pengedarannya, iaitu Court Mammouth.Abdul Rahman berkata, saluran pengedaran itu akan ditambah dari masa ke masa. Begitu juga menggiatkan lagi program promosi dengan Microsoft kini turut serta dalam program Jom Heboh anjuran TV3.Walaupun dijadualkan memasuki pasaran mulai Jun, pembeli Windows XP Starter Edition versi bahasa Melayu yang membelinya mulai hari ini akan dapat menikmati pengemaskinian secara percuma sebaik versi baru itu dipasarkan.Dalam pada itu, peningkatan teknikal bagi versi ini termasuk spesifikasi sistem terutamanya cakera keras dari 40GB kepada 80GB, RAM dari 128MB kepada 256MB, resolusi paparan dari 800 x 600 kepada 1024 x 768 dan pemacu cakera boleh tulis CD (CDRW) kepada pemacu cakera boleh tulis DVD.
sekian ....jumpa lagi.bye2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home